Tuesday, January 1, 2013

2013


Hari ni dah masuk tahun baru.. Orang lain dah kecoh update dari malam semalam tapi aku baru terkedek-kedek nak update malam ni, dah nak masuk hari lain dah pun.. Macam biasa aku tak pernah hiraukan tahun baru.. Tak pernah dan mungkin tak kan pernah sebab hari ni hari ulang tahun arwah ayah kalau dia masih ada, so aku macam biasa akan duduk je dekat rumah berdoa untuk ayah.. Bagi aku banyak sangat perkara yang berbeza selain dari aku semakin tua, tahun lepas jugak aku belajar dari hidup seorang jadi berdua, lepas tu bertiga, aku belajar susah senang hidup, sepak terajang dunia, bukan semuanya indah, dan bukan semuanya derita.. Banyak lagi yang perlu aku lalui, perlu aku jalani, tahun ni, apa pun aku berharap tahun 2013 ni merupakan tahun yang manis untuk aku.. Tutup buku lama, buka buku baru.. Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku menghirup udara didunia lagi hari ini.. Selamat Tahun Baru..


0 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails