Sunday, December 30, 2012

WONDERBOX - Malaysian Beauty box

Bagi yang tak tahu Wonderbox ni merupakan salah satu beauty box (kotak kecantikan) yang ada di Malaysia. Aku pun baru je tahu yang Malaysia ada beautybox sendiri, selama ni aku asyik subscribe Brichbox dari US je sekaligus masa beli barang baby. Tapi minggu lepas baru aku dapat tahu pasal Wonderbox ni dari kawan fb aku, Chinthia.. Bestnya boleh dapat beautybox dari Malaysia je lepas ni, dah tak payah nak sibuk subscribe dari US lagi boleh jimat shipping cost.. Horrey!!! Kalau ada diantara korang yang tak tahu apa tu sebenarnya beautybox tu meh aku nak cerita siket, kalau yang dah pro tu pegi main jauh-jauh ye, aku nak share dengan orang yang tak tahu lagi apa tu beautybox.. Kalau korang nak tahu beautybox nie merupakan kotak yang penuh dengan macam-macam alat kecantikan bermula daripada makeup, perfume, produk penjagaan rambut, produk penjagaan muka, produk penjagaan kesihatan dan macam-macam lagi la yang terdapat dalam beautybox tu.. Setiap bulan korang akan dapat beautybox yang berbeza-beza isi kandungannya, takkan sama dengan beautybox yang lepas-lepas.. Didalam Wonderbox ni korang akan dapat 5-6 sample barang-barang yang aku bagitahu tadi, kadang-kadang korang akan dapat 1-2 full size produk taw sekali dari Wonderbox, dapat voucher dan bermacam-macam lagi la yang ada kaitan dengan dunia kecantikan.. Wonderbox beautybox ni sesuai sangat-sangat bagi sesiapa yang suka mencuba pelbagai jenis produk.. Kira korang boleh try dulu samada sesuatu produk tu sesuai atau tak dengan korang sebelum korang nak beli.. Baguskan dengan adanya Wonderbox ni kita boleh berjimat sebelum beli apa-apa produk yang kita tak tahu sesuai atau tak untuk kita.. Kalau beli sesuatu produk sebelum try mungkin akan membazir kalau tak sesuai, dah beli besar-besar mahal pulak tu last-last tak pakai, duduk menyemak je atas almari makeup.. Dengan Wonderbox juga kita akan dapat peluang untuk mencuba pelbagai-bagai jenis produk kecantikan yang selama nie kita tak pernak pun tahu produk tu wujud. dan yang paling paling paling best dengan adanya Wonderbox ni kita boleh merasa guna produk yang mahal-mahal yang kadangkala kita tak mampu nak beli. Korang hanya perlu bayar RM39.00 je sebulan untuk dapatkan beautybox ni dalam dia korang akan dapat produk yang beharga RM1++ atau RM2++ sebulan, yang paling best free postage ok!! BESTKAN WONDERBOX!!! Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan Wonderbox ni boleh la korang klik dekat sini ye. Aku baru je dapatkan Wonderbox aku, korang jangan tunggu lama-lama nanti menyesal. Jom pakai dapatkan Wonderbox ramai-ramai (^_^) 


antara  apa yang ada dalam Wonderbox yang lepas-lepas






3 comment:

Hanna H said...

We already have a few beauty box services in Malaysia dear since this year, but honestly i sendiri pun xpernah order mane2 pn sebelum ni. :-P I baru je subscribed untuk Jan 2013 dari Wonderbox, xsabar nk tggu. :-)

umairaharis said...

tu la sis umairah baru tahu 2-3 minggu lepas.. banyakkan.. umairah dah subscribed tujuh-tujuh sekali beautybox yang ada dekat Malaysia.. Tak sabar nak dapat beautybox yang pertama dari setiap brand (^_^)

puanbee said...

salam ada satu lagi beuty box dari mivva.com , lagi best sbb dia tak beri sample saja , memang saiz betul punya produk ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails