Sunday, December 16, 2012

Bahaya!!! Madu Boleh Membawa Maut


Ramai yang tahu bahawa madu nie bagus.. Baik untuk kesihatan.. Tetapi ramai juga yang tak tahu yang madu juga boleh membawa maut.. Madu sebenarnya sangat merbahaya jika diberikan kepada bayi yang berumur bawah 1 tahun, oleh tu berhati-hati la kalau ade orang yang nak suap madu pada baby yang bawah 1 tahun.. Jangan sesekali suapkan madu pada baby.. Terutamanya sekali kalau ada orang-orang tua yang nak suapkan, macam-macam yang dorang nak suap dekat baby, sebab bagi dorang bila baby nanges je maknanya baby lapa.. Bagi dorang madu ni baik apa semua, bagus untuk kesihatan.. tapi dorang tak tahu yang madu ni hanya baik untuk orang dewasa.. Jangan sebab nak jaga hati dorang kita bagi je dorang buat ape yang dorang suka samapai anak kita yang dapat kesannya.. Jangan bagi kalau nenek dia atau atuk dia nak suapkan madu ni.. Macam aku dulu ada je orang yang sibuk nak suapkan Eishal dengan madu, air semua.. Nasib baek aku tak bagi.. Kalau bagi mau aku menyesal kalau jadi apa-apa dekat Eishal.. Jangan pandai-pandai nak bagi madu walau dicampurkan ke dalam makanan pelengkap bagi baby bawah 1 tahun.. Kalau tak letak perasa nanti makanan tak sedap baby tak nak makan.. Jangan jadi bodoh sangat pandai-pandai cakap tak da perasa tak sedap baby tak nak makan sebab baby yang tak tahu pun tentang perasa kalau bukan kita yang mulakan.. Kita boleh je campurkan buah-buahan untuk dalam makanan pelengkap baby untuk menambahkan rasa,itu pun kalau kita nak ajar baby makan makanan yang ada perasa.. Tapi ingat ya jangan sesakali letakkan madu.. Jangan sampai nanti baru nak menyesal, masa tu menanges air mata darah pun dah tak berguna..


Kenapa?

Ini kerana madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu Botulism Bayi?

Botulism bayi itu akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa bayi tidak diboleh diberikan madu?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak. Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan. Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Apakah simpton-simpton botulism?

1. Simptom perut yg berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. Kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)
4. Pertukaran nada nangis (altered cry)

Kebiasaannya, simptom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Sekiranya bayi anda mempunyai simpton-simpton ini hubungi atau bawa bayi anda berjumpa dengan pakar kanak2 atau doktor anda. Ingat, sekiranya bayi anda tidak segera mendapatkan rawatan,simptom yang berlarutan boleh menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan dan boleh membawa maut.

p/s: tetapi madu selamat diamalkan oleh orang dewasa ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Sumber dari: http://cyberclinics.org/



3 comment:

Azlan Strider said...

owh..sib baik sy bukan jenis yg suka makan madu...hehehe..tapi yg sy tau bila dah kawin nanti madu tu boleh membawa maut jugak..hahahah

Regards,
-Strider-

umairaharis said...

hahaha.. kalau madu yang lagi satu tu memang saje cari maut maknenya.. hahaha

Anonymous said...

as Salam...bleh x sy tau mn dpt info tntg bahaya madu utk baby bwh stahun..tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails