Thursday, September 6, 2012

Kebaikan Susu Ibu


Aku selalu dengar orang cakap yang susu ibu merupakan susu yang terbaik dalam dunia nie.. Tapi aku xtawu pown apa kebaikan yang sebenar benar benarnya baby kita boleh dapat melalui susu ibu.. So lepas puas aku menggoogle sana sini, baca macam-macam buku tentang penyusuan sekarang baru aku betul-betul faham apa sebenarnya kebaikan yang ada dalam susu ibu berbanding dengan susu formula.. So supaya aku xlupa lain kali tentang kebaikan susu ibu, aku nak share kat sini untuk peringatan aku dimasa hadapan.. Maklumlah manusiakan mudah lupa..

1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan.. Kalau nak compare dengan susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah.. Protein yang mudah diserap, so akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran baby.. Susu ibu memang dah lengkap sangat-sangat korang tapaya risau baby xkenyang ke dahaga ke sebab semua da ada dalam susu ibu..all in one..

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Selain daripada tu jugak susu ibu niemengandungi antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’.. Kalau terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan untuk melawan jangkitan tersebut.. Dan daripada apa yang aku baca sebelum nie susu formula tidak mempunyai sebarang antibodi. Tu la salah satu sebab baby yang minum susu ibu jarang sangat dapat sakit..

3. Mengurangkan jangkitan usus.
Kalau korang nak tawu dari banyak kajian yang yang dibuat baby yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya.. Tak pernah lagi ada baby yang kena jangkitan usus sebab minum susu ibu..

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan baby.
Comfirm-comfirm la dapat mengeratkan hubungan antara ibu dengan babykan.. Yela time menyusu kita akan peluk baby, sembang dengan dye dan macam-macam lagi.. Selain daripada tu, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. 

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Yang nie memang aku percaya sebab aku tengok anak-anak cik cah aku semuanya bijak-bijak.. Dan kalau korang nak tawu anak cik cah aku jugak minum susu ibu je..Dari kajian yang dijalankan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. 

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Masalah asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan pun dapat dielakkan dengan memberi susu ibu.. Bagi baby yang mempunyai keluarga yang ada alahan, peratus alahan dapat dikurangkan dengan memberi baby minum susu ibu sekurang-kurangnya 12 kali seminggu.. Bagi yang minum susu formula pulak kadang-kadang baby akan mendapat alahan yang lebih teruk..

7. Membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.
Nie pulak kebaikan yang dapat diperolehi oleh ibu-ibu yang menyusukan baby mereka.. Dengan memberi baby mereka minum susu ibu masa untuk mengecutkan rahim juga menjadi lebih singkat.. Selain itu ia dapat juga mengurangkan pendarahan..

8. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
Dari kajian-kajian yang dijalankan memang dah terbukti ibu-ibu yang memberi kerang terdedah pada barah payudara dan ovari..

9. Menjarakkan kehamilan.
Ibu yang memberi susu badan pada baby dapat menjarakkan kehamilan kerana ibu yang memberi susu badan pada baby akan mendapat kitaran haid yang lambat berbangding ibu-ibu yang memberi baby mereka susu formula..

10. Jimat duwet, jimat masa.
Senang je kan kalo baby nak susu just bagi susu ibu je.. Tapaya sebuk-sebuk nak bancuh susu semua, sebuk nak masak air panas lagi.. Yang paling best dapat jimat duwet.. Kalau korang nak tahu dari kajian yang telah dijalankan, setahun kita boleh jimat RM3600 dengan hanya  memberi susu ibu dekat baby.. Kan best tu banyak yang boleh kita buat dengan duwet banyak tu.. Shopping ke, holiday je.. Buat apa susah-susah buang duwet untuk beli susu formula (^_^)

1 comment:

umimiqdad said...

Betul betul betul...susukanlah bayi anda dengan susu ibu...hehehe kembang hidung skit kena puji...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails