Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban


‎"Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Lailatul Qadar, malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban." Imam Syafie

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban. Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk malam Nisfu Syaaban.. Kalau korang nak tawu Malam Nisfu Syaaban nie bermula pada hari ke-14 dalam bulan Syaaban iaitu sebaik sahaja masuk waktu Magrib. Malam Nisfu Syaaban bukan sahaja setakat malam dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin diangkat kelangit, malam nie juga merupakan malam dimana segala doa-doa akan dimakbulkan Allah.. Dosa-dosa juga turutdiampunkan.. So jomlah kite banyak-banyak berdoa dan mohonlah keampunan pada malam nie kerana baginda Rasulullah pernah bersabda: 

"Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.

p/s : aku harap buku catatan amalan yang baru nie lebih berat dengan amalan-amalan baik dari yang buruk.. ada sebab kenapa Allah beri kite kesempatan untuk bernafas sehingga hari ini kalau bukan nak bagi peluang untuk kite berubah.. sesungguhnya Allah maha pengampun dan pemurah..

2 comment:

umimiqdad said...

salam...
InsyaAllah marilah kita sama2 memohon keampunan dari-Nya...

p/s: rindu kat along ;(

umairaharis said...

rindu acik jugak..
banyak sangat2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails