Thursday, June 14, 2012

Do and Don't for babies!!

Tak sangka sangat benda-benda simple yang selama nie aku tengok ramai orang buat yang kite tengok hari-hari, yang mungkin juga ibu ayah kite, sedaramara kite, member-member ataw kite sendiri lakukan selama nie boleh membahaya dan membawa maut bagi baby.. Takot pulak aku rasa kalo benda yang kite sangka baik dan selamat untuk baby kite tu sebenarnya boleh memudaratkan dan boleh membawa maut.. So kepada ibu-ibu dan bakal ibu-ibu termasuk la aku sekali harap lepas nie kite akan lebih mengambil berat tentang keselamatan baby kite.. Thanks sangat-sangat dekat Dr.Totin yang comel sebab sudi share info yang berguna macam nie..


a) Buaian Bayi / Baby Cradle

Serius aku tak sangka yang buaian boleh membahayakan baby.. Bile aku pike balik kenapa ye ibu-ibu suka pasang buaian untuk baby? Enjut enjut baby supaya baby tido. Kenapa?? Ermmm.. aku tak ada baby lagi so aku pun tak pasti. Mungkin mitos dedulu kata, kalau enjut-enjut, baby senang tidur. Cuba kita bayangkan kalau kita tengah tidur, orang enjut-enjut katil kita, main lompat-lompat atas katil spring kita.. terasa nak terajang tak?? Baby kalau boleh terajang, dia dah bangun terus buat smack down sekali. Jangan sesekali kita buai kan baby, especially yang baru-baru lahir merah merah lagi kulitnya. Salur darah dekat baby masih halus, kecil dan mudah rapuh. Dengan buaian akan buat salur darah mudah pecah, menjadi lebih bahaya, salur darah di bahagian otak pecah. Maka terjadi pendarahan otak.. Kita tak tahu bila salur darah baby boleh pecah. Alih-alih baby kejang (fitting) berulang. Lalu tidak sedarkan diri.


b) Ubat Batuk untuk Kanak-kanak


Ingat ya, tiada istilah ubat batuk untuk kanak-kanak. Tidak perlu bagi ubat batuk warna hitam dalam simpanan korang terutama sekali baby kecil yang batuk-batuk uhuk uhuk. Haip, siapa ajar bagi ubat batuk? Fungsi ubat batuk adalah supaya dapat mencairkan kahak kita dan memudahkan kita membuang kahak sekaligus membuang kuman. Tetapi budak-budak mana reti buang kahak? Buat apa bagi? Dan paling menyeramkan, ubat batuk mengantukkan dan mengkhayalkan. Jika kita hayal, itu tidak mengapa. Tetapi jika baby kita hayal, itu bahaya. Baby hayal atau tidak bernafas sama sekali? Itu susah kita nak bezakan dikemudian hari.

Kejut-kejut tak bangun.

Oh.. baby mengantuk, tadi kan bagi ubat batuk.

Kejut lagi.. tak bangun juga.

Hentak hentak pun tak bangun juga.

Tak bangun juga.

Tak bangun juga.

Sampai bila-bila pun tak bangun.

:’(

Kesimpulannya, perawatan kanak-kanak dan orang dewasa sangat berlainan. Jangan jadi doctor sendiri di rumah. (Tapi kalau memang anda title doctor, tak apalah) Anak sakit, kurang pasti, bawa langsung ke klinik berhampiran!




c) Cara-cara bancuh susu baby

Selalunya selepas membancuh susu, cemana korang goncang susu tu??

Mostly para ibu akan gunakan jari telunjuk, termasuk la aku sendiri masa bancuh susu adik-adik aku kecik-kecik dulu.. Kite selalu tutup puting susu, kocok-kocok-kocok-kocok ( sambil nyanyi ku tak mahu cintaku dikocok-kocok ahhhhh -Inul version), kemudian hulurkan pada baby. Lalu baby pun minum susu, sroooottt- sroooooot -srooooot

Sedapnya mummy buat cucu cayaaa…

Beberapa jam selepas itu, baby didapati cirit birit, muntah muntah beberapa kali.

Ceh tiba-tiba macam sketsa pula. Kenapa cirit birit? Sebab jari telunjuk yang ditutup untuk dibuat kocok-kocok itu sebenarnya KOTOR. Banyak kuman lompat-lompat. Lupa ke sebelum tutup puting susu tu engkau orang ada kurek muntot sket sebab gatal? Heh. example je tu.. Jadi apa gunanya penutup botol yang korang dah cuci dan rendam dalam air panas lama-lama untuk buang kuman kalau tak digunakan?? Tutup dulu botol susu itu, baru lah kita kocok-kocok sepuas hati.




0 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails