Sunday, May 30, 2010

Satu Malam Tiga Pagi Aku Belajar Memahami

Aku belajar,
bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku,
aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai...

Aku belajar,
bahawa bertahun-tahun waktu diambil untuk membangun kepercayaan
dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya.

Aku belajar,
bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan aku dan untuk itu aku harus memaafkannya...

Aku belajar bahawa aku harus belajar
mengampuni diri sendiri dan orang lain,
kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus

Aku belajar, bahawa kata-kata manis
tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang aku cintai...

Aku belajar,
bahawa orang-orang yang aku kasih
sering datang dan pergi dari kehidupanku..

0 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails