Sunday, April 25, 2010

Tiramisu

Minggu nie study week.. so aku tade nak buat ape kat Unisel dengan rajennye aku balek rumah puchong je.. lepak dengan ibu n adek-adek best jugak.. petang tadi mase tengah seronok tengok movie Avatar buat kali ke 104, adek aku yang bulat si Jojoe suruh aku buatkan tiramisu, da lame tak makan katenye.. aku pown da lame tak masak teros rajen je.. ape lagi aku pown suruh dia pegi kedai beli barang-barang OTK dekat je dengan rumah aku.. tak susah pown sebenarnye.. senang gle, sedap n cepat je nak buat.. kalau nak cube boleh la ikot resipi kat bawah nie ye..


Tiramisu

Bahan-bahan :

200gm whipping cream
250gm cream cheese
30ml susu segar
80gm gula icing
1/2 biji kek span
170ml air nescafe (dicampur gula)
Serbuk koko secukupnya
30gm parutan coklat
Strawberries utk hiasan ( ikot suke korang banyak mane )

Cara membuatnya :

1. Pukul whipping cream sehingga kembang.. lepas tu bia kat tepi jap..
2. Lepas tu putar cream cheese pulak hingga lembut. cream cheese tu dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan ye.. sejuk-sejuk tak boleh..
3. Masukkan susu dan gula.. nie pown pukul sampai kembang gak..
4. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata-rata..
5. Masukkan kek span dalam bekas tak kire la cawan kemangkuk ke ape-ape je yang korang suke.. lepas tu siramkan kek span tu dengan air nescafe bia lembap..
6. Letak campuran krim atas kek span tu..
7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis kek span n krim..
kalau nak tebal buat la bape lapis yang korang suke pown..
8. Hiaskan dengan strawberries..(kalau tade pown tape aku tadi tak letak pown) pastu jangan lupe letak dalam peti ais.. dah 4-5 jam boleh la makan..(tapi jangn letak kat bahagian beku k)

xoxo ~ jom makan tiramisu sampai lebam.. sape nak datanglah umah aku :p

4 comment:

shazwani.nashuha said...

terbaek!!! anje dah pandai masak skunk. pewiitt! boleh kawen. haha.

rebel said...

hahahahha.. nak kawen ngan ko taley coz same jantine.. so aku tunggu wd westwick je la pinang aku..

shazwani.nashuha said...

acehh. nak westwick je. azlee senario yang buat muke o.k.u yang bagi ko muntah hijau tuh cukoplah. haha.

rebel said...

hahhahahha tape azlee aku bagi je kat ko

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails